ENJIN CARIAN

Khamis, 20 Oktober 2011

JKR DAERAH MENERIMA LAWATAN DAN PEMERIKSAAN DARI UNIT AUDIT DALAM KEMENTERIAN KERJA RAYA

JKR Daerah telah menerima kunjungan dan lawatan termasuk membuat penilaian audit di salah satu projek di Daerah ini. Unit Audit Dalam dari Pejabat Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya membuat lawatan selama tiga hari bermula 18hb hingga 20hb Oktober 2011. Tujuan utama pengauditan ini, adalah untuk membuat penyemakan dan pemeriksaan terhadap projek bagi memastikan projek yang dibawah seliaan JKR mengikut prosuder sebagaimana kehendak MS ISO 9001:2008. Sepasukan audit yang tiba pada 18hb telah disambut oleh Tuan Jurutera Daerah, Sarihan Bin Johor. Pasukan audit telah diketuai oleh Timbalan Ketua Audit, Puan Nurul Ain Liew Binti Abdullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CATATAN POPULAR